Pertandingan Microsoft Powerpoint 2013 Part 2
10 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 9 Ogos 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan pertandingan Microsoft Powerpoint 2013 bertempat di Pusat Internet Kampung Pandan. Pertandingan ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang yang telah disertai oleh 11 peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Pandan yang berusia 14 tahun dan kebawah. Pertandingan Microsoft Powerpoint 2013 yang bertemakan Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pemahaman peserta terhadap penggunaan perisian Microsoft Powerpoint 2013 selain untuk menerapkan kesedaran kepada para peserta mengenai jenayah siber dan etika semasa melayari internet. Kesemua peserta telah menghadiri kelas Microsoft Powerpoint yang telah dibuat oleh Pusat Internet Kampung Pandan sendiri.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Membantu peserta mempelajari penggunaan perisian.Microsoft Powerpoint 2013 untuk tujuan harian dan pembelajaran.
•Melihat sejauh mana penguasaan pelajar terhadap pelajaran yang diberikan pada kelas yang lepas.
•Meningkatkan pemahaman peserta mengenai kempen Klik Dengan Bijak.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Setiap kumpulan diberikan masa untuk berbincang bagi menghasilkan slide pembentangan yang kreatif dan menarik
•1 kumpulan diminta untuk membentang hasil daripada slide yang telah dihasilkan dan 3 kumpulan lain akan membuat pembentangan pada minggu hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: